Wednesday, June 9, 2010

~tinggal kenangan~alili....2009-2010

my dearest alili
(2009-2010)


Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan
Ingin ku lupakan semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh bintangku

Chorus
Jauh kau pergi meninggalkan diriku
Di sini aku merindukan dirimu
Kini ku coba mencari penggantimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh kekasih

Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan
Ingin ku lupakan semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh bintangku

Ulang Chorus 2X

Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan...



Monday, June 7, 2010

my lovely cats...

MY CIKI <3
MY OEN <3
10 cara terbaik membesarkan anak kucing::::



1. Pastikan anda dan keluarga anda bersedia terlebih dahulu, sebelum kedatangan anak kucing. Anda juga perlu menyediakan keperluan asas membela kucing seperti, permainan, makanan, tandas kucing, alat mencakar, dan tempat rehat atau tidur. Ini akan mencepatkan anda menyesuaikan kucing baru dengan suasana baru.
2. Sentiasa membelai anak kucing anda. Belaian dari seorang tuan boleh membentuk seekor kucing yang patuh pada peraturan dan rasa disayangi. Jangan sesekali berkasar dengan anak kucing anda. Perasaan takut boleh terbawa-bawa sehingga dewasa atau selamanya.
3. Pastikan anda memberi perhatian berat dan jagaan rapi kepada anak kucing setiap hari. Ini termasuk, “grooming”, mencuci muka (kawasan sekitar mata dan hidung), dan mencuci telinga. Anda tidak perlu terlalu kerap memandikan kucing, hanya mandi jika kucing dalam keadaan kotor. Jika anak kucing berasa selesa dengan semua aktiviti ini, akan menjadi mudah untuk anda melakukannya apabila anak kucing menjadi dewasa.
4. Kenalkan kucing anda dengan seluruh kawasan rumah anda. Ini termasuk, ahli keluarga, kanak-kanak, haiwan peliharaan, dan lain lain. Dengan melakukan semua ini, anda akan membuat kucing kesayangan anda berasa lebih yakin dengan suasana baru, dan gembira.
5. Bermain dan bercakap dengan nya setiap hari. Kucing yang bosan akan sering melakukan kerosakan di rumah. Seperti merosakkan perabot rumah. Kerap bermain dan melayan kucing anda akan merapatkan lagi hubungan anda dengan nya. Semua ini bagi mengelakkan kucing anda hidup dalam kebosanan.
6. Sediakan makanan yang pelbagai dan sesuai untuk anak kucing. Ini bagi memastikan anak kucing anda akan biasa dengan pelbagai jenis diet, dan mengurangkan masalah cerewet.
7. Memberi teguran awal adalah penting. Anak kucing juga seperti kanak-kanak kecil. Mereka suka mencuba sesuatu yang diluar jangkaan. Contoh nya, mencakar sofa, menggigit, melompat ke tempat yang tinggi, mencakar langsir, dan lain lain. Jika anak kucing anda melakukan semua ini, cuba hentikan mereka dengan mengatakan “Stop” atau “JANGAN” (jangan menjerit, guna nada suara yang rendah sahaja), dan alih kan anak kucing ke tempat lain, jauh dari tempat kejadian tadi. Adalah mudah untuk mengajar anak kucing sewaktu mereka kecil berbanding mengajar kucing dewasa. Maka, anda perlu membuat undang-undang kepada anak kucing - yang boleh di buat, dan tidak boleh di buat, tempat yang boleh di masuki dan tempat yang di larang. Kucing adalah haiwan yang mudah memahami kehendak kita.
8. Jangan terlalu “memberi muka” kepada anak kucing anda. Sesetengah anak kucing anak mengeluarkan bunyi “meow” yang berpanjangan jika tidak dapat apa yang mereka mahu. Jika ada melayan kehendak kucing anda dengan salah, tabiat mengeluarkan bunyi “meow” yang berpanjangan anak menjadi kebiasaan sehingga dewasa.
9. Pastikan keadaan kucing anda selamat. Jauhi mereka dari bergaduh, jatuh dari tempat yang tinggi, di buli oleh kanak-kanak, atau haiwan haiwan seperti anjing. Jika ini sering berlaku, ia akan memberi impak negative apabila dewasa kelak. 10. Terima anak kucing anda seperti seorang bayi yang penuh dengan semangat dan tenaga. Anda harus terima kerosakkan yang dilakukan oleh seekor anak kucing. Jika anda mahu kucing, terima lah apa juga keadaan sekali pun. Ia bukan nya sesuatu yang mudah.
ILOVEALLMYCATS(OEN,DIDI,MIMI,LILI,FIFI,KIKI,CIK POK,CIK TAM,CIK TIH,CUEN,CIKI,CIKU,CIKA....::LUF DAMN MUCH!!!

hot...hot...hot....!!

Pemanasan global jejas kesihatan.

Aktiviti pemanasan global meningkatkan suhu bumi hingga boleh menjejaskan kesihatan manusia. Menurut kajian yang dilakukakn oleh Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO), perubahan iklim yang telah terjadi sejak tahun 1970-an telah menyebabkan 150 ribu kematian setahun akibat peningkatan kejadian penyakit.

Jangkitan virus, bakteria dan kuman pembawa penyakit dikatakan akan semakin berleluasa. Jika dahulu, penyakit influenza hanya akan menyerang ketika di musim dingin (di negara empat musim) atau di musim hujan ( di Negara iklim tropika), tetapi kini sudah mula menyerang tidak mengira musim lagi.

Oleh itu, berwaspadalah dan pelihara kesihatan anda setiap waktu. Berhati-hati dengan penyakit-penyakit akibat bakteria dan kuman. Ikuti beberapa panduan di bawah:

  1. Cirit birit.

Perubahan iklim yang berkaitan dengan pola hujan mempengaruhi penyebaran berbagai mikro organisma penyebar penyakit. Hujan mencemari air dengan cara memindahkan kotoran manusia dan haiwan ke air tanah. Antara organisma yang dikaitkan dengna penyakit cirit-birit adalah Kriptosporodium, Giardia dan E.Coli. Walaupun begitu, penularan penyakit ini bukan hanya disebabkan olah organisma-organisma yang disebutkan sahaja. Ia juga boleh berlaku akibat kontaminasi air dan sebagainya.

  1. Demam Denggi Berdarah dan Malaria

Udara lembap dan hangat menjadi habitat yang paling digemari nyamuk, terutama nyamuk jenis Anopheles dan Aedes Aegypti. Nyamuk jenis ini merupakan penyebar parasit malaria dan virus denggi. Jika dulu nyamuk ini kerap muncul ketika transisi musim hujan dan kemarau, tetapi kini serangannya boleh dikatakan berlaku hamper di kesemua musim sepanjang tahun. Suhu lebih panas ternyata memendekkan kitaran hidup nyamuk-nyamuk ini sekaligus mengurangkan tempoh matang kuman yang terdapat di dalam badan nyamuk. Akibatnya, populasi nyamuk tersebut meningkat dan penularannya semakin cepat. Apa yang boleh lakukan untuk mencegah gigitan nyamuk:

· Tidur dalam kelambu

· Sapukan krim pencegah gigitan nyamuk.

· Sembur ruangan kediaman anda dengan semburan nyamuk satu jam sebelum masuk tidur.

Untuk membanteras sarang nyamuk:

· Bersihkan bekas-bekas yang memudahkan air bertakung

· Bersihkan semak belukar di sekitar rumah.

· Pelihara ikan untuk membunuh larva nyamuk.

· Taburkan ubat khas yang mampu membunuh larva nyamuk di dalam bekas seperti pasu bunga, kolam ikan, kolam air dan sebagainya.

· Pastikan tiada kain yang bergantungan di rumah.

Apa yang boleh anda lakukan:

  • Biasakan mencuci tangan dan kaki setiap kali anda pulang ke rumah. Ini kerana anda berkemungkinan terkena kotoran atau kuman sepanjang anda berada di luar rumah.
  • Tempatkan alas kaki di pintu depan atau bahagian dapur rumah bagi mencegah penyebaran kotoran atau parasit yang boleh masuk melalui kulit.
  • Elakkan tabiat membeli makanan di tempat yang kotor atau diketahui tahap kebersihan yang rendah.

  1. Kanser kulit.

Gas rumah kaca yang terkumpul di atmosfera bumi menyumbangkan peningkatan pemanasan global dan seterusnya merosakkan lapisan ozon. Jika dalam keadaan normal, atmosfera bumi boleh menahan 95 peratus radiasi ultra lembayung matahari dan hanya lima peratus daripada sinaran tersebut yang masuk ke bumi, tetapi kini lapisan tersebut sudah tidak mampu untuk menahannya, terutama di sekitar kawasan kutub selatan.

Keadaan ini seterusnya menyebabkan penduduk di kawasan itu terdedah kepada penyakit kanser kulit. Walaupun begitu, ia tidak bermaksud bahawa kita di sini bebas untuk terdedah di bawah sinaran matahari tanpa sebarang pelindung. Yang boleh kita lakukan:Pastikan anda sapukan krim atau losyen pelindung matahari 20 minit sebelum anda keluar dari rumah. Sebaik-baiknya yang mempunyai SPF 15 atau lebih.Sebaik-baiknya, sapukan juga krim tersebut pada kedua telinga dan kaki anda. Jika anda rasakan anda akan berada di bawah sinaran matahari untuk tempoh waktu yang panjang, pilihlah losyen yang mempunyai SPF 30 atau lebih. Ia lebih berkesan menahan sinaran matahari yang berbahaya kepada kulit anda.

  1. Penyakit Paru Obstruktif Kronik.

Rata-rata kenaikan suhu udara global ‘hanya’ 0.8o Celcius. Namun di beberapa tempat, suhu udara naik cukup tinggi, termasuklah suhu air laut hingga ada ketikanya membuatkan sesetengah tempat bertekanan rendah. Angin kencnag mudah terbentuk ketika ini. Tiupan angin kencang yang bercampur dengan udara kering boleh membentuk percikan api sehingga akhirnya mengakibatkan kebakaran hutan. Akibatnya, timbul asap tebal yang memenuhi ruangn udara. Debu halus dan pelbagai oksida karbon itu menyebabkan gangguan pernafasan seperti asma dan lebih teruk lagi boleh menyebabkan penyakit paru obstruktif kronik. Selain itu, asap tersebut juga membawa racun dioksin yang boleh menimbulkan kanser paru-paru dan gangguan kehamilan. Sebaliknya bahan kayu yang terbakar di hutan pula menghasilkan jutaan gas-gas rumah kaca yang akhirnya pemanasan global.

Apa yang boleh anda lakukan:

Jika sudah mengalami penyakit paru obstruktif kronik, elakkan daripada anda mengidap influenza atau pneumonia, yang boleh memburukkan lagi keadaan kesihatan anda. Sebaiknya lakukan vaksinasi influenza setiap tahun dan vaksinasi pneumokokus setiap enam tahun atau lebih.